Wahai suamiku yang aku cintai…
Aku terasa sangat bahagia dan hari yang ku lalui akan penuh dengan
semangat jika kamu mencium pipiku saat aku bangun tidur dan saat aku
ingin tidur. Kerana aku dapat merasakan hangatnya cintamu kepada ku
walau ciuman itu cuma sesaat sahaja…
Setiap kali aku memasak untukmu, aku ingin sekali mendengar pujian
darimu kerana berkat pujianmu itu boleh membuatkan ingin belajar memasak
dengan lebih cekap dan sedap!Aku juga bahagia melihat selera kamu
menjamah hasil air tanganku.
Saat aku mengandungkan anak kita, setiap saat dalam hidupku, aku
dambakan belaian kasih sayang darimu, cukuplah sekadar mengusap perutku
dan menggengam erat tanganku tanda kau selalu ada untuk aku dan anak
kita…
Suamiku Sayang…
Tahukah kamu, saat aku merajuk denganmu, aku berkata “Pergilah cari
perempuan yang lebih baik dari saya. Saya ni kan tak
sempurna.”…sebenarnya maksudku ialah..Janganlah engkau pergi
meninggalkan aku kerana aku tahu aku boleh menjadi isteri yang terbaik
untukmu! Bimbinglah aku menjadi isteri yang baik. Fahamilah diriku ini.
Setiap apa yang aku tuturkan, bukanlah kemahuan hatiku tatkala itu.
Bila kamu membantu aku membuat kerja-kerja rumah, tahukah kamu apa
doaku didalam hati ini? “Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah suamiku dari
neraka dan siksaanMu. Mudahkanlah segala urusannya denganMu kerana
suamiku telah membantu aku memudahkan urusan rumah tangga kami” Tetapi
di mulut, aku hanya mampu mengungkapkan “Terima Kasih” beserta senyuman
ikhlas.
Tahukah kamu di saat kamu nyenyak tidur, aku asyik memerhatikan wajah
kamu. Indah dan tenang ku rasakan di dalam hati ini dan aku merasakan
akulah wanita paling bertuah kerana memiliki kamu dalam hidupku!Setiap
nafas yang kamu lepaskan. aku dapat merasakan betapa hangatnya cinta
kamu untukku dan sesungguhnya aku tidak mahu kehilangan kehangatan itu.Lalu aku berdoa “Ya Allah, ampunilah dosa suamiku. Sayangilah dia. Lindungilah dia dan berkatilah kehidupannya”
Suamiku yang aku kasihi….
Apabila kamu menghulurkan tangan untuk menjaga anak kita semasa aku
sedang membuat kerja lain, tahukah kamu aku berasa sangat bersyukur
mempunyai ayah yang hebat untuk anakku! Saat kamu memandang anak kita
dengan penuh kasih sayang aku berdoa di dalam hati ini ” Ya Allah Ya
Tuhanku, pandanglah suamiku dengan penuh kasih sayang sepertimana dia
memandang anaknya sekarang ini di Hari Perhitungan kelak”
Oleh itu suamiku, janganlah terdetik walaupun sekali dalam hidupmu
bahawa aku tidak menghargai segala penat lelah kamu kerana setiap apa
yang kamu lakukan, aku tidak mampu balas dengan wang ringgit dan
kata-kata. Aku hanya ada sebuah hadiah terindah buat kamu iaitu DOA….
Nukilan khas dari Mama. untuk suami tercinta,
No comments:
Post a Comment